Logo UMK
UMKEI Dashboard

Indeks Keusahawanan

Universiti Malaysia Kelantan Entrepreneurship Institute

Platform Bersepadu

Indeks Keusahawanan

Platform bersepadu untuk mengukur dan membangunkan ekosistem keusahawanan di kalangan pelajar dan universiti

Senarai Indeks

Pilih indeks yang berkaitan untuk mengakses sistem, rujukan atau maklumat pelaksanaan.

Student Index

Indeks Atribut Keusahawanan Pelajar (SEA)

Indeks Student Entrepreneurship Attribute (SEA) dibangunkan sebagai instrumen pengukuran untuk menilai tahap dan ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar. Indeks ini merangkumi maklumat latar belakang pelajar serta institusi, dan set soal selidik yang direka bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi kecenderungan dan tingkah laku keusahawanan pelajar.

Education Framework

Indeks Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE)

Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE) berfungsi sebagai garis panduan kepada institusi bagi menerapkan ilmu keusahawanan yang sempurna dalam kurikulum pendidikan tinggi. Rangka kerja ini menjadi teras kepada pihak pengurusan institusi untuk mereka bentuk program yang bersepadu dan berdaya saing dengan merangkumkan ilmu baharu dan teknologi terkini.

University Index

Indeks Keusahawanan Universiti (UEI)

Indeks Keusahawanan Universiti dibangunkan sebagai alat penilaian strategik untuk mengukur tahap keupayaan, sokongan dan ekosistem keusahawanan dalam sesebuah universiti. Penilaian ini penting bagi mengenal pasti sejauh mana universiti berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan bakat dan minda keusahawanan dalam kalangan warga kampus.