Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ)
Pemantauan Akademik Berasaskan Data

Indeks Kelestarian Program (IKP)

Mekanisme pemantauan sistematik bagi membantu UMK menilai prestasi, kerelevanan, daya saing dan tahap kelestarian program akademik secara berterusan.

Tiga Fokus Utama IKP
Populariti Program Akademik Permohonan, pendaftaran dan keciciran
35%
Kebolehpasaran Graduan Pekerjaan, bidang dan pendapatan
40%
Kerelevanan Program Akademik PdP, kurikulum dan inovasi pedagogi
25%
Mengapa IKP Dibangunkan

Program kekal relevan, kompetitif dan responsif kepada perubahan.

IKP dicadangkan sebagai instrumen pemantauan program akademik UMK selepas aktiviti penanda aras yang melibatkan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

01
Pemantauan Sistematik Menilai prestasi program secara berasaskan data.
02
Keputusan Strategik Menyokong keputusan penawaran, penambahbaikan dan pengukuhan program.
03
Relevansi Industri Memastikan program selari dengan kehendak pasaran dan pendidikan tinggi.
04
Optimasi Sumber Membantu perancangan sumber dan pengagihan sokongan.
05
Jaminan Kualiti Mengukuhkan kualiti akademik dan daya saing program.
Kerangka Penilaian

3 fokus, 9 subkriteria.

Wajaran fokus keseluruhan ialah 35% + 40% + 25% = 100%.

Populariti Program Akademik (PPA)

Menilai tarikan, pendaftaran dan pengekalan pelajar.

  • Pilihan calon / permohonan UPU — 50%
  • Calon mendaftar berbanding tawaran — 40%
  • Keciciran pelajar kurang daripada 7% — 10%
Wajaran Fokus: 35%

Kebolehpasaran Graduan (HEPA)

Menilai outcome graduan selepas tamat pengajian.

  • Bekerja dalam tempoh 6 bulan — 70%
  • Bekerja dalam bidang pengajian sama — 15%
  • 20% graduan berpendapatan RM2,500 ke atas — 15%
Wajaran Fokus: 40%

Kerelevanan Program Akademik (PKPA)

Menilai mutu PdP serta transformasi reka bentuk kurikulum.

  • Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran — 50%
  • Reka Bentuk Kurikulum — 30%
  • HiEPs / Inovasi Pedagogi — 20%
Wajaran Fokus: 25%
Petunjuk Tindakan

Lima tahap tindakan program.

Tahap band digunakan sebagai petunjuk pengurusan dan tindakan susulan terhadap program akademik.

Band 1 Dipertimbang untuk Dijumudkan
Dipertimbangkan untuk dijumudkan sekiranya mendapat Band 1 bagi dua sesi penilaian berturut-turut.
Band 2 Penjenamaan Semula
Fakulti menyediakan pelaporan rancangan tindakan penambahbaikan dalam tempoh tiga bulan kepada TNCAA.
Band 3 Semakan Kurikulum
Kenal pasti subkriteria lemah dan sediakan laporan penambahbaikan serta semakan kurikulum.
Band 4 Kekal
Program dikekalkan dan dipertimbangkan untuk meningkatkan unjuran pengambilan serta sokongan pengembangan program.
Band 5 Cemerlang
Program dikekalkan, membuat perkongsian amalan baik dan dipertimbangkan untuk pengembangan program.

Masuk ke Dashboard IKP

Log masuk menggunakan ID Staf dan kata laluan ECOMM UMK.

Log Masuk