Wacana Intelek,Budaya Ilmu

Ruang ilmu, bedah buku dan dialog pemikiran untuk menyuburkan budaya membaca, memahami dan membina wacana yang kritis dalam komuniti universiti.

Logo Telaah@UMK
Pengenalan

Telaah@UMK

Universiti Malaysia Kelantan melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dengan kerjasama Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu akan menganjurkan Program Telaah@UMK 2026 seperti mana kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 6/2026 Kali Ke 332.

Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, Program Telaah ialah sebuah inisiatif wacana intelektual dan budaya ilmu yang bertujuan untuk membedah karya besar serta pemikiran strategik. Program ini menjadi ruang pertemuan antara pembaca, pemikir, ilmuwan dan warga universiti bagi menghidupkan semula tradisi ilmu yang segar, kritis dan membina.

Membuka Jendela Ilmu

Telaah: Membuka Jendela Ilmu Melalui Bedah Buku

Telaah ialah sebuah rancangan bual bicara mingguan dalam talian yang membedah kandungan buku pemikiran, falsafah, dasar awam dan pembangunan ilmu sebagai usaha menyuburkan budaya keilmuan nasional.

Diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Telaah menjadi pentas interaksi antara pemikir, ilmuwan dan masyarakat bagi menyuburkan dialog kritis dan membina.

Apa Itu Telaah?

Telaah bukan sekadar membaca

Telaah ialah usaha memahami, menyoal dan menyelongkar makna di sebalik setiap wacana. Di sini, bahan bacaan, suara pemikir dan kupasan kritikal dihimpunkan untuk membentuk ruang fikir yang segar dan merdeka.

Sumber rujukan: Dewan Masyarakat DBP

Telaah Pilihan

✨ Siri Telaah@UMK ✨

Siri ini menghimpunkan karya pilihan untuk dikupas melalui wacana ilmu, nilai, pemikiran dan kemanusiaan.

Siri 1/2026

Judul: β€œTerusir”

Kandungan Utama Pilihan

Abstrak Buku: Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumah tangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya terpaksa menjadi pelacur.

πŸ—“ Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)

πŸ•’ Masa: 2.30 petang

πŸ“ Tempat: Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok

πŸ‘€ Pengulas Buku:
YBrs. Prof. Dr. Huzili bin Hussin
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa

πŸŽ™ Moderator: YBrs. Dr. Burhan Bin Che Daud
Pengarah Pusat Antarabangsa UMKIO

Imej buku Siri 2 akan dikemaskini
Siri 2/2026

Judul: Akan Dikemaskini

Kandungan Sesi Kedua

Abstrak: Maklumat ringkasan eksekutif, analisis sinopsis dan wacana pemikiran strategik bagi tajuk pilihan siri kedua akan dikemaskini oleh pihak sekretariat.

πŸ—“ Tarikh: 1 Julai 2026 (Rabu)

πŸ•’ Masa: 9.00 pagi Tertakluk kepada pindaan

πŸ“ Tempat: Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok

πŸ‘€ Pengulas Buku:
YBhg. Dato' Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah
Naib Canselor

πŸŽ™ Moderator: Akan dikemaskini

Imej buku Siri 3 akan dikemaskini
Siri 3/2026

Judul: Akan Dikemaskini

Kandungan Sesi Ketiga

Abstrak: Kupasan kritis berkaitan pembangunan insan, kepimpinan mahasiswa, falsafah pendidikan tinggi atau pengurusan organisasi ilmu untuk manfaat komuniti universiti dan masyarakat.

πŸ—“ Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)

πŸ•’ Masa: 9.00 pagi Tertakluk kepada pindaan

πŸ“ Tempat: Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok

πŸ‘€ Pengulas Buku:
YBrs. Prof. Dr. Mohammad Bin Ismail
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

πŸŽ™ Moderator: Akan dikemaskini

Imej buku Siri 4 akan dikemaskini
Siri 4/2026

Judul: Akan Dikemaskini

Kandungan Sesi Keempat

Abstrak: Wacana penutup siri akan membentangkan huraian karya berkaitan inovasi, penyelidikan transformatif dan pemikiran berimpak tinggi untuk masa depan universiti.

πŸ—“ Tarikh: 3 Ogos 2026 (Isnin)

πŸ•’ Masa: 9.00 pagi Tertakluk kepada pindaan

πŸ“ Tempat: Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok

πŸ‘€ Pengulas Buku:
YBrs. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi

πŸŽ™ Moderator: Akan dikemaskini

Panorama kampus Universiti Malaysia Kelantan