Halaman Utama
Suara Peserta KPTiP

Aspirasi Peserta Program KPTiP

Apa kata mereka terhadap pensijilan profesional, pembinaan kompetensi serta peluang kerjaya.

Reset

Aspirasi Peserta KPTiP

Mari kita lihat apa kata mereka.

30 rekod
Gambar AHMAD ADHAM WAFIQ BIN AZELAN

AHMAD ADHAM WAFIQ BIN AZELAN

FBI
Manfaat KPTiP

Memberikan tips dan ilmu tentang menerjemah bahan dan bahasa.

Harapan

Harapan saya bukan sahaja untuk mengetahui, malah menguasai bidang yang diceburi untuk memberi manfaat bukan sahaja pada diri saya, namun juga pada seluruh warga.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar ALYAA IZZATI BINTI MOHD YANI

ALYAA IZZATI BINTI MOHD YANI

FBI
Manfaat KPTiP

Saya memahami bahawa program ini merupakan kerjasama antara KPTIP, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang bertujuan melahirkan individu yang berkemahiran dalam penterjemahan dan kejurubahasaan. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teori, malah turut menekankan latihan praktikal, etika profesional, penggunaan istilah yang tepat serta standard industri bagi menghasilkan penterjemah dan jurubahasa yang kompeten.

Harapan

Saya berharap dapat menguasai teknik penterjemahan dan kejurubahasaan dengan lebih baik, meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, serta memperoleh pengalaman praktikal daripada tenaga pengajar yang berpengalaman. Saya juga berharap pensijilan ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan memberi nilai tambah kepada kerjaya saya pada masa hadapan, sama ada dalam bidang komunikasi, korporat mahupun sebagai penterjemah profesional.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar ANIS SYUHADA BINTI AZAM

ANIS SYUHADA BINTI AZAM

FBI
Manfaat KPTiP

Program pensijilan profesional yang berfokus kepada bidang penterjemahan dan kejurubahasaan.

Harapan

Saya berjaya menguasai dan mempraktikkan kemahiran terjemahan dan bidang kejurubahasaan ke peringkat yang lebih tinggi dan profesional, serta mampu menjadikannya sebagai salah satu laluan kerjaya.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar AUNI SALIHAH BINTI MOHD ASRI

AUNI SALIHAH BINTI MOHD ASRI

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini bertujuan untuk menambah value dalam kalangan pelajar dalam bidang terjemahan dan kejurubahasaan

Harapan

Semoga semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat menjadi seorang mahasiswi yang lulus dengan cemerlang

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar CHE FATIMAH AZ-ZAHRA' BINTI YUSTI

CHE FATIMAH AZ-ZAHRA' BINTI YUSTI

FBI
Manfaat KPTiP

program ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar untuk mencemburui bidang terjemahan secara professional

Harapan

saya harap program ini memberi impak yang baik

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar FAUZAN ILHAMI BINTI MOHD YAZID

FAUZAN ILHAMI BINTI MOHD YAZID

FBI
Manfaat KPTiP

Saya memahami bahawa program ini bertujuan memberikan latihan dan pendedahan profesional dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Program ini merangkumi kemahiran menterjemah teks dengan tepat, memahami konteks dan budaya bahasa sumber serta bahasa sasaran, menguasai etika profesion dan meningkatkan kemahiran komunikasi lisan. Selain itu, program ini juga menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menghadapi situasi sebenar dalam industri terjemahan dan kejurubahasaan.

Harapan

Saya berharap program ini dapat membantu saya meningkatkan kemahiran terjemahan dan kejurubahasaan dengan lebih sistematik, tepat dan profesional. Saya juga berharap dapat memperoleh pengalaman praktikal, bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta pendedahan terhadap kehendak sebenar industri bahasa. Melalui program ini, saya ingin meningkatkan keyakinan diri, membina kemahiran komunikasi dan menjadi graduan yang lebih kompeten serta bersedia untuk menceburi bidang terjemahan dan kejurubahasaan pada masa hadapan.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar KHAIRUL HAZEQ BIN ZUBIR

KHAIRUL HAZEQ BIN ZUBIR

FBI
Manfaat KPTiP

Memberikan peluang kepada peserta untuk mendapatkan pengalaman dan pembelajaran yang terbaik dalam bidang penterjemahan.

Harapan

Mengetahui dan memahami kehendak untuk melakukan penterjemahan profesional.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MOHAMAD ALIF HAKIMI BIN SULAIMAN

MOHAMAD ALIF HAKIMI BIN SULAIMAN

FBI
Manfaat KPTiP

apa yang saya faham tentang program ini ialah satu iniasitif daripada kerjasama pihak umk dan itbm bertujuan memupuk minat para mahasiswa lebih kearah professional dalam bidang penterjemahan dan dapat membantu menaikkan nilai seseorang pelajar .

Harapan

harapan saya ialah dapat memperbanyakkan kosa kata dan menterjemah bahasa tanpa guna alat bantuan lain

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMAD SYAFIQ IQMAL HAIQAL BIN MAHAMAD ASRI

MUHAMAD SYAFIQ IQMAL HAIQAL BIN MAHAMAD ASRI

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip, etika dan teknik-teknik penterjemahan professional.

Harapan

Saya berharap dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang penterjemahan, serta meningkatkan ketepatan dan kualiti hasil terjemahan saya.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD AIMAN IMRAN BIN AZIZAN

MUHAMMAD AIMAN IMRAN BIN AZIZAN

FBI
Manfaat KPTiP

program ini membina keupayaan seseorang bagi profesional penterjemahan dan kejurubahasaan.

Harapan

harapan saya adalah dapat menimba ilmu yang lebih mendalam dalam program ini.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD AMIRUL BIN MAHMUD MOHIYUDDIN

MUHAMMAD AMIRUL BIN MAHMUD MOHIYUDDIN

FBI
Manfaat KPTiP

pemahamanan saya ialah bagaimana untuk menterjemah buku dan interpreter bagi pendatang asing.

Harapan

Harapan saya ialah menjadi penterjemah yang profesional dan menjadi menjadi interpreter yang berjaya.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD ANIQ DANISH BIN SHAHAIRUZI

MUHAMMAD ANIQ DANISH BIN SHAHAIRUZI

FBI
Manfaat KPTiP

Program KTPiP memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pensijilan profesional dalam bidang penterjemahan dan interpretasi, di samping meningkatkan kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa serta pendedahan kepada amalan industri sebenar bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Harapan

Saya berharap dapat mengikuti program ini dengan baik, menambah ilmu dan kemahiran baharu, serta menamatkan program ini dengan cemerlang.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD ANSAR BIN MUHAMAD BAKTIAR

MUHAMMAD ANSAR BIN MUHAMAD BAKTIAR

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini merupakan program persijilan profesional intensif yang merangkumi dua trek utama, iaitu Kursus Penterjemahan Am (secara dalam talian) dan Kursus Asas Kejurubahasaan (secara bersemuka). Program ini melatih peserta dalam menterjemah pelbagai genre teks (seperti undang-undang, sains, dan sastera) serta menguasai teknik interpretasi konsekutif dan serentak.

Harapan

Saya berharap dapat menguasai teknik penterjemahan dan interpretasi lisan dengan tepat serta membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara profesional. Saya juga berharap agar program ini membuka peluang jaringan (networking) bersama rakan-rakan industri dan pakar bahasa daripada ITBM dan UMK.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD FAKHRI BIN MOHD FIRDAUS @ MOHD SINUZULA

MUHAMMAD FAKHRI BIN MOHD FIRDAUS @ MOHD SINUZULA

FBI
Manfaat KPTiP

-

Harapan

-

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD ISYRAF BAHZI BIN MD JUHDI

MUHAMMAD ISYRAF BAHZI BIN MD JUHDI

FBI
Manfaat KPTiP

Apa yang saya faham tentang program ini adalah untuk memantapkan diri kita dalam mempelajari terjemahan

Harapan

Harapan saya program ini dapat meluaskan lagi ilmu dan kebolehan pasaran mahasiswa

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHD SAIM

MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHD SAIM

FBI
Manfaat KPTiP

Ia merupakan program yang memberi pendedahan kepada kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang jurubahasa dan penterjemah yang profesional

Harapan

Saya ingin ada tahap keyakinan yang tinggi dalam mengendalikan tugasan penterjemahan bila diperlukan.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR AIDA MIRZA BINTI MOHD MARZUKEE

NUR AIDA MIRZA BINTI MOHD MARZUKEE

FBI
Manfaat KPTiP

I understand that this program is designed to develop professional translation and interpreting skills and improve participants' employability.

Harapan

I hope to gain valuable knowledge, strengthen my translation and interpreting skills, build my confidence, and create meaningful connections with industry professionals. I also hope this program will add value to my personal and professional development and help me apply these skills in my future career.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR AINIZAHINI BINTI ROSSLAN

NUR AINIZAHINI BINTI ROSSLAN

FBI
Manfaat KPTiP

Satu program yang boleh menjadi satu sumber rezeki.

Harapan

Semoga saya berjaya dapatkan sijil dan menjadi penterjemah.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR AMMAR IZZUDDIN BIN BAZLAN

NUR AMMAR IZZUDDIN BIN BAZLAN

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini mengenai pembelajaran dan pendedahan serta latihan modul bagi penterjemahan.

Harapan

Saya berharap program persijilan profesional ini memberi impak yang jelas terhadap halatuju dan kerjaya sebagai penterjemahan.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR ASFA IFFAH BINTI ZAMRI

NUR ASFA IFFAH BINTI ZAMRI

FBI
Manfaat KPTiP

program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran terjemahan secara profesional

Harapan

saya berharap program ini mampu meningkatkan kemahiran terjemahan

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR FATIN AZ-ZAHRA BINTI MUHAMMAD JOHARI

NUR FATIN AZ-ZAHRA BINTI MUHAMMAD JOHARI

FBI
Manfaat KPTiP

program ini adalah program untuk pelajar yang minat penterjemahan dan kejurubahasaan. Program ini dijalankan selama 2 bulan samada online atau fizikal di kampus dan bagi siapa yang lulus kursus ini akan mendapat sijil.

Harapan

Saya berharap program ini dapat membantu saya untuk memahirkan lagi kemahiran penterjemahan dan memberi pendedahan untuk menjadi jurubahasa di persada dunia.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR FATIN NADHIRAH BINTI ZAHARI

NUR FATIN NADHIRAH BINTI ZAHARI

FBI
Manfaat KPTiP

Berdasarkan pemahaman saya, Program Pensijilan Profesional Penterjemahan dan Kejurubahasaan (KPTIP) UMK¿ITBM merupakan program yang bertujuan melatih peserta menguasai kemahiran penterjemahan dan kejurubahasaan mengikut standard profesional. Program ini merupakan kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), yang memberi pendedahan kepada teori, teknik, etika serta amalan terbaik dalam bidang penterjemahan dan kejurubahasaan. Selain memperoleh ilmu dan kemahiran praktikal, peserta juga berpeluang mendapatkan pensijilan profesional yang dapat meningkatkan kredibiliti, kebolehpasaran dan peluang kerjaya dalam bidang bahasa, pendidikan, penterjemahan dan komunikasi.

Harapan

Harapan saya terhadap Program Pensijilan Profesional Penterjemahan dan Kejurubahasaan (KPTIP) UMK¿ITBM ialah agar program ini dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam bidang penterjemahan serta kejurubahasaan. Saya berharap dapat mempelajari teknik penterjemahan yang tepat, memahami etika profesional dan memperoleh pengalaman praktikal daripada tenaga pengajar serta pengamal industri yang berpengalaman. Selain itu, saya berharap pensijilan yang diperoleh dapat meningkatkan kebolehpasaran saya dan membuka peluang kerjaya dalam bidang penterjemahan, pendidikan, komunikasi dan industri bahasa pada masa hadapan. Saya juga berharap dapat membina rangkaian profesional dengan peserta lain dan pakar dalam bidang ini untuk terus mengembangkan kemahiran saya.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR NADHIRAH BINTI MD DAUD

NUR NADHIRAH BINTI MD DAUD

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini menawarkan sijil profesional dalam bidang penterjemahan dan kejurubahasaan yang bersifat umum, tanpa dikhususkan kepada mana-mana bahasa tertentu. Melalui pensijilan ini, peserta berpeluang memperoleh pengiktirafan profesional yang dapat meningkatkan kebolehpasaran diri serta membuka peluang untuk menceburi kerjaya sebagai penterjemah dan jurubahasa.

Harapan

Harapan saya melalui program ini adalah untuk memperoleh ilmu, kemahiran dan pendedahan yang lebih mendalam dalam bidang penterjemahan dan kejurubahasaan. Saya berharap program ini dapat membantu saya meningkatkan kompetensi diri, memperoleh pensijilan profesional serta mempersiapkan diri untuk menceburi bidang kerjaya yang berkaitan pada masa hadapan. Selain itu, saya juga berharap dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam menyumbang kepada perkembangan bidang penterjemahan, khususnya melibatkan bahasa Arab.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR NAJWA BINTI SHAMSUDIN

NUR NAJWA BINTI SHAMSUDIN

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini akan menerangkan kaedah dan tatacara untuk melakukan terjemahan secara profesional setara dengan keperluan industri. Melatih supaya dapat menjadi seorang jurubahasa profesional dan yakin serta mahir dalam berkomunikasi.

Harapan

Saya berharap dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam mengikuti program ini dan mampu mengamalkan setiap tips yang dikongsikan serta dapat memberi saya keyakinan dalam berkomunikasi. Saya juga berharap semoga saya berjaya lulus dengan cemerlang dan dapat menjana pendapatan yang berbaloi selepas menyertai program ini.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NUR QURRATUL AINI BINTI MAT SAGAR

NUR QURRATUL AINI BINTI MAT SAGAR

FBI
Manfaat KPTiP

Pada pemahaman saya, Program Pensijilan Profesional Bahasa Terjemahan dan Kejurubahasaan ialah program yang memberi latihan serta pensijilan kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang terjemahan bertulis dan kejurubahasaan lisan. Program ini membantu peserta menguasai teknik menterjemah dan mentafsir dengan tepat, mengekalkan maksud asal sesuatu mesej, serta mengamalkan etika profesional. Saya juga percaya program ini dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan kebolehpasaran graduan dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, perniagaan, kerajaan dan organisasi antarabangsa.

Harapan

Harapan saya ialah program ini dapat membantu saya meningkatkan kemahiran dalam bidang terjemahan dan kejurubahasaan secara profesional. Saya berharap dapat mempelajari teknik yang betul daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, memperoleh pengalaman praktikal, serta meningkatkan keyakinan untuk menggunakan kemahiran tersebut dalam situasi sebenar. Selain itu, saya berharap pensijilan yang diperoleh dapat menjadi nilai tambah kepada diri saya dan membuka lebih banyak peluang kerjaya pada masa hadapan.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NURAZIAN BINTI ALI ABDUL MUBARIK

NURAZIAN BINTI ALI ABDUL MUBARIK

FBI
Manfaat KPTiP

Pada pemahaman saya, program ini bertujuan untuk membangunkan potensi pelajar melalui pelbagai aktiviti, latihan dan perkongsian ilmu. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran, membina keyakinan diri serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar.

Harapan

Saya berharap program ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat, meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah. Saya juga berharap dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam pembelajaran serta kehidupan seharian.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar NURUL BATRISYIA BINTI MUHAMMAD HAFIZ

NURUL BATRISYIA BINTI MUHAMMAD HAFIZ

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini merupakan hasil kerjasama antara ITBM dengan UMK. Oleh itu, pengisiannya semestinya sangat menarik serta sarat dengan ilmu yang bernilai tinggi. Program ini turut memberikan peluang kepada para pelajar untuk mendalami bidang penterjemahan dan kejurubahasaan serta mengenali kedua-dua bidang tersebut dengan lebih dekat.

Harapan

Saya berharap dapat banyak ilmu yang berguna dan menamatkan program ini dengan cemerlang. Selain itu, saya juga berharap dapat memahami serta mengamalkan ilmu yang diperoleh dengan sebaik-baiknya.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar WAN IMAN AMALIN BINTI WAN ZAINUDDIN

WAN IMAN AMALIN BINTI WAN ZAINUDDIN

FBI
Manfaat KPTiP

Program ini bertujuan untuk mengajar mengenai cara-cara penterjemahan secara rasmi

Harapan

Mendapat sijil training penterjemahan dan mendapat pekerjaan dalam bidang perterjemahan

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar WAN MUHAMMAD HAFIZ BIN WAN AZMI

WAN MUHAMMAD HAFIZ BIN WAN AZMI

FBI
Manfaat KPTiP

Pada pemahaman saya, program ini merupakan satu platform yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran insaniah dan pengalaman melalui aktiviti pembelajaran, latihan serta kerjasama dalam kumpulan. Program ini juga bertujuan melahirkan peserta yang lebih berdaya saing, berdisiplin dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.

Harapan

Saya berharap dapat memperoleh ilmu dan pengalaman baharu, meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan serta penyelesaian masalah. Saya juga berharap dapat membina rangkaian yang lebih luas dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan serta kerjaya pada masa hadapan.

Peserta KPTiP UMK-ITBM
Gambar ZEENATUN NISA HUMAIRA BINTI AHMAD

ZEENATUN NISA HUMAIRA BINTI AHMAD

FBI
Manfaat KPTiP

Berdasarkan pemahaman saya, program ini membekalkan peserta dengan pengetahuan asas dan kemahiran praktikal dalam penterjemahan antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, di samping memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa tersebut. Peserta yang berjaya turut memperoleh sijil sebagai bukti kompetensi dalam bidang ini.

Harapan

Saya berharap dapat menguasai kemahiran penterjemahan dengan lebih mantap serta yakin menterjemah pelbagai jenis dokumen secara tepat dan profesional. Sijil ini juga saya harap dapat menjadi nilai tambah dalam resume saya dan membuka lebih banyak peluang kerjaya, termasuk dalam bidang komunikasi korporat.

Peserta KPTiP UMK-ITBM